Dorothy Perkins

6:44 pm


Mencari jenama terbaik yang menawarkan seleksi produk paling menarik boleh menjadi satu proses yang cukup memenatkan. Malah bagi saya sendiri ianya memerlukan tenaga dan masa yang cukup banyak untuk dilakukan. Namun pencarian jenama fesyen yang terbaik itu mungkin sudah boleh dihentikan kerana hari ini saya mahu memperkenalkan kepada anda untuk jenama fesyen yang baru saya jumpai dan cukup minati iaitu Dorothy Perkins! Sebenarnya saya sepatutnya berterima kasih dengan seorang rakan rapat saya yang telah memperkenalkan kepada saya dengan jenama fesyen yang cukup hebat ini. Jadi, mari saya kongsikan dengan anda sedikit sebanyak tentang Dorothy Perkins.


Sudah ditubuhkan selama hampir 90 tahun, jenama ini sudah mempunyai saat kegemilangannya sendiri dalam dunia fesyen dengan pelbagai pencapaian yang cukup hebat. Untuk tempoh yang cukup panjang ia telah memperoleh populariti dalam kalangan pelanggan sehingga kini. Menarik bukan? Kini jenama ini mempunyai hampir 600 stor di United Kingdom sahaja dan lebih 50 cawangan lain di seluruh dunia.

Apakah yang membuatkan jenama ini cukup berjaya? 
Apakah yang menjadi kunci kepada segala kejayaan yang dikecapinya selama ini? 

Jawapannya mungkin terletak pada koleksi fesyennya yang cukup indah terdiri daripada pakaian, kasut dan aksesori. 

Dorothy Perkins menawarkan barangan fesyen yang berpatutan harganya untuk wanita gayakan tidak mengira umur. Apa yang lebih menarik ialah ia mereka koleksinya berdasarkan trend fesyen terkini yang sedang popular dan konsepnya merangkumi elemen elegan, feminin dan funky.

Mahu tampil menarik tanpa perlu bersusah-payah dan pantas? Dapatkan baju gaun Dorothy Perkins yang berwarna merah ini dan padankannya dengan sepasang kasut tumit tinggi yang seksi untuk menyempurnakan persalinan anda.

Beli baju gaun sequin Dorothy Perkin ini untuk lebih menyerlah sewaktu anda menghadiri majlis makan malam ataupun apa sahaja majlis istimewa. 

Semoga perkongsian saya dapat membantu wanita di luar sana untuk memilih Dorothy Perkin sebagai koleksi pilihan. Tunggu apa lagi? Jom layari laman web Zalora Malaysia sekarang dan dapatkan pelbagai koleksi dari Dorothy Perkin yang menepati citarasa anda!

You Might Also Like

0 komen

no harsh words please ^_^